~ Aku sebagai Chef di rumah ~
Sejak menjaga orang dalam pantang nie,aku lah chef di rumah...sekali sekala chef yang sorang lagi datang tolong gak kat dapo..sape lagi kalau bukan ibu..Masakan simple2 aje tapi kadang2 tak simple gak..menbawak ke berat...Nak tak nak si 'pemantang' kena makan gak lahhh...Yang pasti 'lada hitam' ada dalam menu si 'pemantang'...
Ada sesiapa nak menu utama lauk orang dalam pantang....sila copy paste...
Bahan2 nye sangat simple..
Bahan-bahan :
Ikan merah/tenggiri (digoreng)
Lada Hitam (segenggam ditumbuk halus)
Bawang Putih (di cincang halus)
Sos tiram (dibancuh dgn sedikit air)
Cara-cara :
Goreng ikan dan ketepikan
Tumiskan bawang putih dgn sedikit minyak
Agak2 sampai bawang putih dah garing sedikit...
Masukkan sos tiram dan lada hitam
Biar sos sedikit pekat dan boleh tuang atas ikan yang dah digoreng tadi..
P/s: Makan dengan nasi panas2 lagi terangkat...
No comments:
Post a Comment